Myself
Tentang Saya,
Salam sejahtera saya ucapkan, saya Emmanuel Anak Bili berasal dari Sibu,Sarawak. Tapi, ramai panggil saya nuel atau didik. Saya lahir pada 11 oktober 2001 di hospital Sibu, Sarawak dan saya berusia 20 tahun. Kini, saya meneruskan pengajian saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan(Tari) dengan Kepujian. Saya tinggal di Rumah Sebastian Onggoh, Jalan Passai Teku, 96000 Sibu, Sarawak. Saya memilih untuk menyambung pengajian tinggi di UPSI kerana universiti ini merupakan pilihan utama saya di sekolah rendah dan menengah. UPSI ini juga merupakan Universiti perguruan dan sesuai untuk cita-cita saya menjadi seorang guru. Oleh itu, saya memilih universiti tersebut.
( UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI) )
Saya juga merupakan bekas ketua pengawas dan pelajar tingkatan 6. Pencapai tertinggi saya adalah seorang penari sekolah dan ketua pengawas sekolah. Saya merupakan anak keempat dari lima beradik. Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang guru tari dan guru sekolah menengah.
Setiap manusia mempunyai matlamat dalam kehidupan untuk menjadi seorang yang berjaya kelak tanpa mengira jatuh bangun diri kita semasa menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Sebagai contoh, saya mempunyai matlamat dalam kehidupan iaitu saya ingin mendapat keputusan yang cemerlang setiap semester kelak. Selain itu, saya juga ingin mendapat segulung ijazah untuk mengubah nasib kami sekeluarga yang bagai sayap patah sebelah dimana saya telah kehilangan seorang yang dipanggil kita sebagai ayah. Oleh itu, saya ingin membawa kebahagian kepada insan yang tercinta iaitu ibu saya yang telah membelanja saya semasa di pengajian tinggi ini.
Saya juga ingin mengucapkan syukur kepada tuhan kerana telah memakbur doa saya untuk meneruskan pembelajaran saya di UPSI. Dengan diberi peluang yang amat berharga ini, saya akan berjanji untuk membawa kebahagian kepada ibu dan adik-beradik saya. " Pendidikan adalah senjata paling ampuh untuk mengubah dunia"-Nelson Mandela. Dan saya juga selalu berpegang kepada prinsip "DISIPLIN ADALAH KUNCI UNTUK BERJAYA". Prinsip ini juga sangat berguna untuk menjadi panduan hidup saya.
Ini merupakan post yang pertama di dalam blog saya dan saya sebelum ini tidak pernah menulis blog harap-harap saya akan selalu update maklumat-maklumat terkini. Ini merupakan sedikit sebanyak biodata tentang diri saya. Sekian, terima kasih.ππππππ
wahhhh hebatnyaaa
BalasPadamsemoga maju jaya dalam pembelajarann
BalasPadamterima kasih faka
BalasPadamMantap
BalasPadamThnks alieπ₯°
PadamGdluckkkkk Manuelllll !!!
BalasPadamWahhh menarikkk π
BalasPadamThnks ros
BalasPadam