Pengalaman menjadi mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)



 


Salam Sejahtera Saya Ucapkan,

Blog saya kali ini saya akan kongsikan tentang pengalaman saya sebagai mahasiswa di UPSI.

Dengan mengucapkan syukur kepada tuhan kerana saya dapat melanjutakan pelajaran saya ke pengajian tinggi iaitu degree di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Pada mulanya saya memilih jurusan bimbingan dan kaunseling dan saya tidak dapat tawaran tersebut akan tetapi saya berasa terkejut dan gembira kerana saya telah menerima tawaran Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Tari dengan Kepujian semasa keputusan rayuan upu dibuka dan saya juga tidak berhenti untuk mengucapkan syukur kepada tuhan kerana telah memakbulkan doa saya dan tidak lupa juga kepada ahli  keluarga saya kerana selalu memberi sokongan kepada saya tanpa mengenal erti putus asa. Selepas keputusan rayuan telah dikeluarkan, saya juga mendapat sms dari pihak UPSI untuk menemuduga kepada yang layak untuk jurusan  ini secara atas talian  dengan menggunakan google meet.




Semasa hari temuduga tersebut, saya  menumpang rumah saudara saya untuk mendapat rangkaian internet kerana di rumah panjang saya rangkaian internet tidak mengizinkan. Pada mulanya, saya merasa kemurungan kerana ibu saya tidak mengizikan saya untuk mengambil jurusan  tersebut kerana dia ingin saya bersara dalam bidang tarian. Tetapi saya menolak kerana saya sangat minat dalam seni tari ini. Dan saya juga berasa sedih kerana semasa hari temuduga tersebut banyak halangan dan rintangan yang saya tempuhi. Misalnya, ibu saya marah kepada saya sehingga tidak memberi semangat kepadaa saya semasa hari temuduga tersebut. Dalam hati saya berkata saya buat sajalah temuduga ni nanti tanpa mengira dapat atau tidak. Terdapat 2 panel yang akan menanyakan soalan kepada saya. Seorang panel tersebut menyuruh saya memperkenalkan diri dan menari, tanpa membuang masa saya menari tarian tradisional iaitu tarian Ngajat bagi suku kaum iban di Sarawak. 2 minggu sudah berlalu saya menyemak keputusan rayuan  temuduga seni persembahan tari saya mengucapkan syukur kepada tuhan sambil menangis kerana saya berjaya melanjutkan pelajaran saya di UPSI. Dan ibu saya juga turut menangis kerana saya berjaya menyambung semula pelajaran saya di peringkat yang lebih tinggi. Syukur kepada tuhan kerana telah membuka pintu hati ibu saya untuk menerima saya mengambil jurusan seni tari. Terima kasih kepada tuhan kerana telah memberi hadiah yang cukup besar kepada keluarga saya sempena hari lahir saya iaitu saya berjaya menyambung pengajian tinggi saya di UPSI. AMEN.


~ SELAMAT DATANG ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN ~


Pengalaman saya belajar di UPSI semasa semester 1 ini  ialah saya belajar melalui kelas secara online. Saya amat terkecil hati kerana tidak dapat balik ke UPSI dan tidak mengetahui suasana di UPSI. Walaupun belajar secara atas  talian , saya amat gembira kerana mempunyai pensyarah-pensyarah yang baik hati dan lucu. Selain itu saya juga dapat berjumpa dengan  kawan baharu dari Sabah dan Semenanjung dan saya dapat mempelajari bahasa mereka dan kami juga seperti ahli keluarga sendiri.

 


(KELAS ONLINE BM)



(KELAS ONLINE TEORI MUZIK)



(KELAS ONLINE ASAS TARI)



Antara subjek yang saya ambil adalah Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pelaziman Tubuh, Pengajian Kenegaraan, Pengenalan Teknik Asas Tari, Teknik Asas Lakonan, Teori dan Apresiasi Muzik, dan  Wacana Akademik Bahasa Melayu. Buat kali pertama saya diberi tugasan atau assignment yang begitu banyak dan saya merasa diri ini sedang dicabar dengan dugaan yang begitu besar kerana hari pertama sudah mempunyai assignment yang begitu wow😱😱….hahahahhahah…😂😂 Kebanyakkan tugasan yang diberi oleh pensyarah dari subjek teknik asas lakonan dan subjek  Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi(MTE) adalah menyiapkan satu video lakonan dan assignment yang berkaitan dengan computer. Secara keseluruhannya, saya amat meminati semua subjek yang telah ditawarkan oleh pihak UPSI walaupun tidak mempunyai kebolehan dalam bidang lakonan akan tetapi saya akan suba dengan semampu saya boleh untuk membuat lakonan. Hal ini kerana, saya lebih meminati dalam bidang tarian.



(Tarian Ngajat - Iban)

Saya rasa buat masa ini itu sahaja saya nak kongsikan dan saya harap semester 2 nanti  dapat balik ke UPSI untuk belajar secara bersemuka dan dapat berjumpa dengan rakan-rakan dan pensyarah di UPSI itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.💗💗💗

Ulasan