Pengalaman menjadi mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)
Salam Sejahtera Saya Ucapkan, Blog saya kali ini saya akan kongsikan tentang pengalaman saya sebagai mahasiswa di UPSI. Dengan mengucapkan syukur kepada tuhan kerana saya dapat melanjutakan pelajaran saya ke pengajian tinggi iaitu degree di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Pada mulanya saya memilih jurusan bimbingan dan kaunseling dan saya tidak dapat tawaran tersebut akan tetapi saya berasa terkejut dan gembira kerana saya telah menerima tawaran Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Tari dengan Kepujian semasa keputusan rayuan upu dibuka dan saya juga tidak berhenti untuk mengucapkan syukur kepada tuhan kerana telah memakbulkan doa saya dan tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya kerana selalu memberi sokongan kepada saya tanpa mengenal erti putus asa. Selepas keputusan rayuan telah dikeluarkan, saya juga mendapat sms dari pihak UPSI untuk menemuduga kepada yang layak untuk jurusan ini secara atas talian dengan menggunakan google meet. Semasa hari temuduga tersebut, say