Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

Pengalaman menjadi mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)

Imej
  Salam Sejahtera Saya Ucapkan, Blog saya kali ini saya akan kongsikan tentang pengalaman saya sebagai mahasiswa di UPSI. Dengan mengucapkan syukur kepada tuhan kerana saya dapat melanjutakan pelajaran saya ke pengajian tinggi iaitu degree di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Pada mulanya saya memilih jurusan bimbingan dan kaunseling dan saya tidak dapat tawaran tersebut akan tetapi saya berasa terkejut dan gembira kerana saya telah menerima tawaran Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Tari dengan Kepujian semasa keputusan rayuan upu dibuka dan saya juga tidak berhenti untuk mengucapkan syukur kepada tuhan kerana telah memakbulkan doa saya dan tidak lupa juga kepada ahli  keluarga saya kerana selalu memberi sokongan kepada saya tanpa mengenal erti putus asa. Selepas keputusan rayuan telah dikeluarkan, saya juga mendapat sms dari pihak UPSI untuk menemuduga kepada yang layak untuk jurusan  ini secara atas talian  dengan menggunakan google meet. Semasa hari temuduga tersebut, say

Tempat menarik di tempat saya iaitu (Sarawak)

Imej
Selamat Datai Agai Menoa Sarawak. Salam sejahtera saya ucapakan kepada rakan-rakan semua. untuk blog saya kali ini, saya akan menceritakan dan menunjukkan tempat yang menarik dan sesuai untuk aktiviti perlancongan bersama ahli keluarga di Sarawak, iaitu Gunung Santubong Kuching. Untuk pengetahun rakan-rakan semua Gunung Santubong yang  terletak di Sarawak. Gunung ini merupakan sebuah  gunung lagenda yang terkenal di Sarawak. Ia terletak 35 km di utara Bandar Kuching. Setinggi sekitar 810 meter, gunung ini terletak di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana aktiviti-aktiviti pelancongannya. (GUNUNG SANTUBONG) Berdasarkan mitos masyarakat setempat, Gunung Santubong berasal daripada jasad puteri kayangan yang bernama Puteri Santubong selepas disumpah menjadi gunung. Menurut mitos, Puteri Santubong dan saudara kandungnya, Puteri Sejinjang diperintah oleh ayahanda mereka, Dewata Mulia untuk turun ke Bumi bagi membantu menyelesaikan konflik sedang diala

HOBI SAYA

Imej
     Salam sejahtera, saya Emmanuel Bili, kali ini saya akan kongsikan tentang hobi saya, untuk makluman anda semua hobi saya adalah membuat kraf tangan tradisional bagi kaum iban di sarawak. Saya mula mempelajari untuk membuat kraf tangan ini ketika  saya berumur 17 tahun iaitu pada tahun 2018. Dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya yang tercinta kerana sudi mengajar saya untuk memperkembangkan lagi permainan asal iban iaitu membuat manik . Dan dibawah ini juga merupakan kraftangan yang telah saya buat sepanjang ini. (Tango Iban)  

Myself

Imej
  Tentang Saya,     Salam sejahtera saya ucapkan, saya Emmanuel Anak Bili  berasal dari Sibu,Sarawak. Tapi, ramai panggil saya nuel atau didik. Saya lahir pada 11 oktober 2001 di hospital Sibu, Sarawak dan saya berusia 20 tahun. Kini, saya meneruskan pengajian saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan(Tari) dengan Kepujian. Saya tinggal di Rumah Sebastian Onggoh, Jalan Passai Teku, 96000 Sibu, Sarawak. Saya memilih untuk menyambung  pengajian tinggi di UPSI kerana universiti ini merupakan pilihan utama saya  di sekolah rendah dan menengah. UPSI ini juga merupakan Universiti perguruan dan sesuai untuk cita-cita saya menjadi seorang guru. Oleh itu, saya memilih universiti tersebut.          (  UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI) ) (Lagu Rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)    Sa ya juga merupakan bekas ketua pengawas dan pelajar tingkatan 6. Pencapai tertinggi saya adalah seorang penari sekolah dan ketua pengawas se